top of page

BAHAGIAN Pendaftaran TARAF Kebangsaan
(Warganegara)

  • Instagram
  • Facebook

 

PENGENALAN

Bahagian Pendaftaran Taraf Kebangsaan (Warganegara) bertanggungjawab dalam memproses permohonan untuk mendapatkan taraf sebagai rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bahagian ini juga memberikan pengesahan taraf kerakyatan mengikut Bab-Bab yang telah diperuntukan d​i bawah Akta Pendaftaran Kebangsaan Brunei, Penggal 15.

​

FUNGSI

Mentadbir, Menguatkuasa Dan Melaksanakan Undang-Undang Dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Taraf Kebangsaan Brunei, Penggal 15.

​

TUGAS

Menerima Dan Memproses Permohonan Taraf Kerakyatan Untuk Menjadi Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB RAKYAT KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

Dibahagikan kepada 3 aspek :-

 

  1. Tanggungjawab Kepada Negara dan Pemerintah / kerajaan

  2. Tanggungjawab Kepada Masyarakat

  3. Tanggungjawab Kepada Keluarga

 

  1. Tanggungjawab kepada Negara dan Pemerintah / Kerajaan

 

a. Taat setia kepada Sultan selaku ketua Negara, Ketua Kerajaan, Ketua Agama Islam, Kepada Adat Istiadat dan Tunjang Perpanduan seluruh rakyat dan penduduk

b. Menghormati serta mematuhi Perlembagaan, Undang-undang dan peraturan-peraturan Negara.

c. Mendukung dan Menyokong hasrat negara

d. Mengormati Ugama Islam dan Bahasa Melayu serta mengamalkan Bahasa Melayu

e. Mendukung falsafah Negara Melayu Islam Beraja

f.  Memberikan sumbangan bakti demi negara dan kerajaan yang dikasihi dengan menjaga keselamatan, memelihara keamanan, perpaduan, kebersihan dan keselesaan alam sekitar dan juga turut sama menyumbang kepada kemakmuran negara.  Seharusnya tekad yang sedemikian disemai sentiasa dan bukanlah hanya sekadar turut menumpang senang sahaja.

g. Menghayati Lagu Kebangsaan Negara dan Bendera Negara

h. Mendukung dan menyokong kepentingan-kepentingan negara

 

    2. Tanggungjawab kepada Masyarakat

 

a. Berkerjasama dengan pemimpin setempat, misalnya Penghulu dan Ketua Kampong

b. Melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kebajikan masyarakat, badan- badan kerajaan, mahupun bukan kerajaan, misalnya Majlis Perundingan Kampong, Persatuan-persatuan Belia, Kelab Sukan dan lain-lain lagi.

c. Membantu kepada yang memerlukan bantuan

d. Berinteraksi dengan jiran dan masyarakat awam

e. Menserasikan / menyesuaikan diri dengan budaya, sosial dan amalan kehidupan setempat yang terdapat di Negara ini.

​

    3.Tanggungjawab kepada Keluarga

 

a. Membina dan membimbing ahli keluarga supaya berilmu,bermoral/berakhlak baik, hormat kepada ahli keluarga, jiran dan sahabat.

b. Membina institusi keluarga dengan baik

c. Membiasakan diri dalam kehidupan harian kepada Adat Resam “Orang Brunei”

d. Mensebatikan diri, anak-anak kepada cara kehidupan “Orang Brunei” terutamanya dalam pergaulan dan mengamalkan Bahasa Melayu dalam percakapan / pertuturan

​

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN PERLUCUTAN KERAKYATAN BRUNEI

​

BAB 9(1)

Telah meninggalkan Negara Brunei Darussalam selama 5 tahun secara terus-menerus dan tidak dapat memberi kenyataan yang memuaskan bahawa ia masih mempunyai perhubungan berkesan dengan negara ini dalam tempoh itu.

​

BAB 9(5)(a)

Ia dengan sukarela mengambil taraf kebangsaan atau Warganegara mana-mana Negara Diluar Negara Brunei Darussalam

​

BAB 10

Jika seseorang rakyat sultan yang lengkap syaratnya membuat satu pengakuan mengikut cara yang ditentukan menghapuskan tarafnya sebagai seorang rakyat sultan  dengan cara lafaz maka sultan hendaklah memerintahkan supaya pengakuan itu didaftarkan ; dan apabila telah didaftarkan , orang itu akan terlucut daripada menjadi seorang rakyat sultan.

​

BAB 11(1)

Seorang rakyat sultan akan terlucut dari pada mempunyai taraf sedemikian jika taraf itu ambil balik daripadanya oleh satu perintah dari Sultan dalam Majlis Mesyuarat yang dibuat di bawah bab ini.

​

BAB 11(2)

Tertakluk dalam kandungan-kandungan bab ini, Sultan dalam Majlis Mesyuarat boleh dengan perintah melucutkan sebarang orang yang menjadi rakyat Sultan,

  1. dengan pendaftaran; atau

  2. dengan penuangan taraf kebangsaan

 

akan taraf itu jika Baginda berpuas hati bahawa pendaftaran orang tersebut atau  sijil penunangan taraf kebangsaan yang diberi kepadanya di bawah undang-undang ini  telah diperolehi cara tipu, penerangan palsu atau menyembunyikan apa-apa kenyataan  yang mustahak atau dibuat atau diberi dengan terkhilaf;

Dengan syarat bahawa tiada siapa pun akan dilucutkan di bawah kandungan bab ini akan taraf sebagai rakyat sultan disebabkan oleh kekhilafan melainkan notis tentang tujuan untuk berbuat demikian telah diberi kepadanya atau disiarkan dalam Warta Kerajaan dalam tempoh dua puloh empat bulan  dari tarikh pendaftaran atau pemberian satu sijil, mengikut sebagaimana keadaannya.

​

BAB 11(3)

(a) Ia dengan percakapan dan perbuatannya tidak akan taat setia pada Sultan

(b) Ia telah menggunakan hak-hak, kuasa-kuasa atau kelebihan-kelebihan yang ada oleh sebarang taraf kebangsaan / kewarganegaraan yang lain selain Negara Brunei Darussalam

(c) Ia telah secara haram membuat perhubungan / perdagangan dengan pihak musuh semasa peperangan yang diketahui bahawa perhubungannya itu boleh membantu pihak musuh

(d) Ia telah dalam tempoh 5 tahun selepas didaftarkan menjadi rakyat sultan secara Pendaftaran / Penuangan telah dijatuhi hukuman bunuh / penjara dimana-dimana negara lain melebih 12 bulan dan tidak menerima sebarang pengampunan

​

​

Our Services

Jenis-Jenis Permohonan
Taraf Pendaftaran Kebangsaan Brunei 

Ujian Tulis atau Ujian Lisan Bahasa Melayu di bawah   Bab 5(1) Bagi Pemohon Yang lahir dalam Negeri

SYARAT-SYARAT UTAMA:

​

  1. Lahir dalam negeri (Negari Brunei Darussalam).

  2. Memegang Residence Permit / Entry Permit tidak kurang 12 tahun dari tarikh RP / EP dikeluarkan (Berkediaman dalam Negara Brunei Brunei Darussalam tidak kurang 12 tahun dari tempoh 15 tahun sebelum tarikh menghadapkan permohonan).

​

​

Ayah  Warganegara 

di bawah Bab 6(1)

SYARAT-SYARAT UTAMA:

  1. Ayah kandong Warganegara Brunei Darussalam.

  2. Semasa dipohonkan, ayah kandong masih hidup.

  3. Anak kandong berumur 18 tahun ke bawah

Penggantian Sijil Kerakyatan Yang Rosak Atau Hilang

Pengesahan Kerakyatan Bagi Anak Yang Di Lahirkan Luar Negara

SYARAT-SYARAT UTAMA:

​

1. Ayah seorang Warganegara Brunei.

2. Mempunyai surat pengesahkan tentang keberadaan pemohon (ayah Kandong) berada di Luar Negeri.

Ujian Tulis atau Ujian Lisan Bahasa Melayu di bawah    Bab 8(1) Bagi Pemohon Yang lahir diluar Negeri

SYARAT-SYARAT UTAMA:

​​

  1. Lahir di luar Negeri

  2. Memegang Residence Permit / Entry Permit tidak kurang 20 tahun dari tarikh RP / EP dikeluarkan (Berkediaman dalam Negara Brunei Brunei Darussalam tidak kurang 20 tahun dari tempoh 25 tahun sebelum tarikh menghadapkan permohonan).

​

Ibu  Warganegara 

di bawah Bab 6(1)

SYARAT-SYARAT UTAMA:

​

  1. Ibu kandong Warganegara Brunei Darussalam.

  2. Semasa dipohonkan, ibu kandong masih hidup

  3. Berumur 18 Tahun Ke bawah

Ibu/Bapa Angkat Warganegara 

di bawah Bab 6(1)

SYARAT-SYARAT UTAMA:

​​

  1. Semasa dipohonkan, ayah angkat masih hidup.

  2. Anak angkat berumur 18 tahun ke bawah. .

  3. Anak Angkat mempunyai Sijil Pendaftaran Anak Angkat keluaran Negara Brunei Darusslam.

  4. Anak Angkat memegang Entry Permit selama tidak kurang 2 tahun

Suami Warganegara 

di bawah Bab 5(6)

SYARAT-SYARAT UTAMA:

​

  1. Suami Warganegara Brunei

  2. Masih bersekedudukan sebagai Suami Isteri yang sah

  3. Pemohon (Isteri) hendaklah memegang Kad Permit Masuk dalam tempoh-tempoh tertentu.​

Pembetulan atau Penambahan Nama di Dalam Sijil Kerakyatan

Lain- Lain

Perkhidmatan

JENIS PERKHIDMATAN:

​

1. Endosmen Pengesahan Taraf Kerakyatan Di Sijil Kelahiran

2. Endosmen Semula Pengesahan Taraf Kerakyatan Di Sijil Kelahiran

3. Endosmen Pengesahan Taraf Kerakyatan Di Sijil Kelahiran Bagi Kanak-Kanak Yang Dilahirkan Kurang 180 Hari Setelah Pernikahan yang sah.

VISI

“Ke arah Perkhidmatan Yang Dinamik dan Kredibel.”

MAKLUMAN BERSAMA

           "Selaku rakyat yang bernaung dan berlindung di Bumi Darussalam, adalah mempunyai tanggungjawab dalam mempertahankan kedaulatan raja dan memelihara negara yang mengamalkan prinsip Melayu Islam Beraja yang dijadikan sebagai asas dan tunggak kehidupan di negara ini. Di samping itu, kita perlu memahami, mengamalkan dan mengekalkan pelbagai nilai murni kehidupan selaku orang Brunei yang kaya dengan adat resam dan budi pekerti yang mulia; taat kepada raja, taat kepada agama, bersopan santun, berawar galat, bergotong-royong, saling hormat-menghormati dengan memupuk rasa kekitaan antara satu sama lain.  Adalah juga menjadi kewajipan dan tanggungjawab selaku rakyat dan penduduk di negara ini untuk mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. serta memberi sokongan kepada pelbagai dasar yang telah digubal oleh kerajaan kerana dasar negara adalah merupakan satu elemen yang penting dalam menjalankan sistem pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara."

Petikan ucapan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di  Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Kali Ke-35 di Dewan Persidangan Bridex, Jerudong pada Hari Selasa, 05 Julai 2022.

Contact
bottom of page