BAHAGIAN Pendaftaran TARAF Kebangsaan
(Warganegara)

Bahagian Pendaftaran Taraf Kebangsaan (Warganegara) bertanggungjawab dalam memproses permohonan untuk mendapatkan taraf sebagai rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Bahagian ini juga memberikan pengesahan taraf kerakyatan mengikut Bab-Bab yang telah diperuntukan d​i bawah Akta Pendaftaran Kebangsaan Brunei, Penggal 15.

 

FUNGSI

Mentadbir, Menguatkuasa Dan Melaksanakan Undang-Undang Dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Taraf Kebangsaan Brunei, Penggal 15.

TUGAS

Menerima Dan Memproses Permohonan Taraf Kerakyatan Untuk Menjadi Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

 

Jenis-Jenis Permohonan
Taraf Pendaftaran Kebangsaan Brunei 

Ujian Tulis atau Ujian Lisan Bahasa Melayu di bawah    Bab 5(1) Bagi Pemohon Yang lahir dalam Negeri

SYARAT-SYARAT UTAMA:

  1. Lahir dalam negeri (Negari Brunei Darussalam).

  2. Memegang Residence Permit / Entry Permit tidak kurang 12 tahun dari tarikh RP / EP dikeluarkan (Berkediaman dalam Negara Brunei Brunei Darussalam tidak kurang 12 tahun dari tempoh 15 tahun sebelum tarikh menghadapkan permohonan).

Ujian Tulis atau Ujian Lisan Bahasa Melayu di bawah    Bab 8(1) Bagi Pemohon Yang lahir diluar Negeri

SYARAT-SYARAT UTAMA:

  1. Lahir di luar Negeri

  2. Memegang Residence Permit / Entry Permit tidak kurang 20 tahun dari tarikh RP / EP dikeluarkan (Berkediaman dalam Negara Brunei Brunei Darussalam tidak kurang 20 tahun dari tempoh 25 tahun sebelum tarikh menghadapkan permohonan).

Ibu  Warganegara 

di bawah Bab 6(1)

SYARAT-SYARAT UTAMA:

  1. Ibu kandong Warganegara Brunei Darussalam.

  2. Semasa dipohonkan, ibu kandong masih hidup

  3. Berumur 18 Tahun Ke bawah

Ayah  Warganegara 

di bawah Bab 6(1)

SYARAT-SYARAT UTAMA:

  1. Ayah kandong Warganegara Brunei Darussalam.

  2. Semasa dipohonkan, ayah kandong masih hidup.

  3. Anak kandong berumur 18 tahun ke bawah

Ibu/Bapa Angkat Warganegara 

di bawah Bab 6(1)

SYARAT-SYARAT UTAMA:

  1. Semasa dipohonkan, ayah angkat masih hidup.

  2. Anak angkat berumur 18 tahun ke bawah. .

  3. Anak Angkat mempunyai Sijil Pendaftaran Anak Angkat keluaran Negara Brunei Darusslam.

  4. Anak Angkat memegang Entry Permit selama tidak kurang 2 tahun

Suami Warganegara 

di bawah Bab 5(6)

SYARAT-SYARAT UTAMA:

  1. Suami Warganegara Brunei

  2. Masih bersekedudukan sebagai Suami Isteri yang sah

  3. Pemohon (Isteri) hendaklah memegang Kad Permit Masuk dalam tempoh-tempoh tertentu.​

Penggantian Sijil Kerakyatan Yang Rosak Atau Hilang

 Mencatat Nama Islam Di Dalam Sijil Kerakyatan

Pembetulan atau Penambahan Nama di Dalam Sijil Kerakyatan

Pengesahan Kerakyatan Bagi Anak Yang Di Lahirkan Luar Negara

SYARAT-SYARAT UTAMA:

1. Ayah seorang Warganegara Brunei.

2. Mempunyai surat pengesahkan tentang keberadaan pemohon (ayah Kandong) berada di Luar Negeri.

VISI

“Ke arah Perkhidmatan Yang Dinamik dan Kredibel.”

MAKLUMAN BERSAMA

Berikutan dengan kenyataan Kementerian Kesihatan mengenai langkah-langkah pengawalan yang diperketatkan semula di Negara Brunei Darussalam berkaitan Situasi terkini jangkitan COVID-19 dan nasihat -nasihat Kementerian Kesihatan dengan ini Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan ingin memaklumkan bahawa kaunter penerimaan di Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) adalah di TUTOP buat sementara waktu bermula Hari Sabtu, 5 Muharram 1443H bersamaan dengan 14 Ogos 2021M ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Kepada orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau ingin menghadapkan permohonan bolehlah menghubungi bahagian ini di talian e-mel atau talian telefon yang telah disediakan 

Sekian Terima Kasih