PERMOHONAN PEMBETULAN ATAU PENAMBAHAN NAMA DI DALAM
SIJIL KERAKYATAN
SILA AMBIL PERHATIAN:
-
Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Permohonan Pembetulan atau Menambah Nama ke dalam Sijil Kerakyatan. Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).
-
Pemohon juga di kehendaki untuk mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.
-
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.
-
Borang permohonan akan dinilai sama ada di benarkan atau sebaliknya.
-
Pihak Jabatan akan menghubungi pemohon jika permohonan siap diproses.
-
Jika ada sebarang pertanyaan atau perubahan maklumat, pemohon bolehlah menghubungi talian telefon Bahagian Warganegara semasa waktu bertugas sepertimana berikut:-
-
2383106 sambungan 130/133 (Ibu Pejabat)
-
4221476 (Cawangan Tutong),
-
3331339 (Cawangan Kuala Belait)
-
8234148 (Hotline Cawangan Temburong)
ATAU melalui e-mel Bahagian Taraf Kebangsan iaitu citizenship.sectionhq@immigration.gov.bn