top of page

Permohonan Kerakyatan Brunei MENGIKUT SUAMI WARGANEGARA BRUNEI di bawah Bab 5(6) 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UTAMA:-

1. Telah bernikah / berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Brunei Darussalam dan tinggal bersama dengan suami isteri di Negara Brunei Darussalam dan berstatus Penduduk Tetap dengan memegang Kad Resident Permit / Entry Permit dalam tempoh – tempoh tertentu :-

1.1. Bagi pernikahan / perkahwinan PERTAMA (sama ada bagi suami ataupun isteri) sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh pernikahan / perkahwinan dan tidak kurang dari 3 tahun dari tarikh Residence Permit / Entry Permit dikeluarkan.

​​

1.2. Bagi pernikahan / perkahwinan KEDUA (sama ada bagi suami ataupun isteri) sekurang-kurangnya 7 tahun dari tarikh pernikahan / perkahwinan dan tidak kurang dari 7 tahun dari tarikh Residence Permit / Entry Permit dikeluarkan.

​​

1.3. Bagi pernikahan / perkahwinan KETIGA dan seterusnya (sama ada bagi suami ataupun isteri) sekurang-kurangnya 10 tahun dari tarikh pernikahan / perkahwinan dan tidak kurang dari 7 tahun dari tarikh Residence Permit / Entry Permit dikeluarkan.​

2. Bagi pasangan berugama Islam yang bernikah di luar negeri hendaklah menyertakan surat pengesahan pernikahan oleh Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam​.

​3. Bagi pasangan bukan berugama Islam yang berkahwin di luar negeri hendaklah menyertakan surat Pengesahan dari Pejabat Peguam Negara, Negara Brunei Darussalam.

​​4. Surat Pengakuan dari suami bagi kedudukan perkahwinan / pernikahan dengan pemohon.

​​5. Surat Pengesahan dari Ketua Kampong  mengenai kedudukan perkahwinan / pernikahan pemohon dan suami pemohon.

​​6. Berkelakuan Baik ​

PERHATIAN:

  • Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Maklumat dan Borang  C (Peraturan 6 (1)). Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).

  • Pemohon juga di kehendaki untuk menulis surat permohonan yang ditujukan kepada Bahagian Taraf Kebangsaan dan mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.

  • Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.

  • Jika ada sebarang pertanyaan atau perubahan maklumat, pemohon bolehlah menghubungi talian telefon Bahagian Warganegara semasa waktu bertugas sepertimana berikut:-

  1. 2383106 sambungan 130/133 (Ibu Pejabat) 

  2. 4221476 (Cawangan Tutong),

  3. 3331339 (Cawangan Kuala Belait)

  4. 8234148 (Hotline Cawangan Temburong)

 

ATAU melalui e-mel  Bahagian Taraf Kebangsan iaitu citizenship.sectionhq@immigration.gov.bn

bottom of page