top of page

PENDAFTARAN TARAF KERAKYATAN BAGI ANAK YANG DI LAHIRKAN LUAR NEGARA

SILA AMBIL PERHATIAN:

  • Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang D Peraturan 7(1) dan Borang A1 Peraturan 4(1). Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).

  • Pemohon hendaklah menyertakan surat pengesahan mengenai keberadaan pemohon (Ayah Kandong) berada diluar negeri atas urusan Kerajaan atau Persendirian seperti Surat Lantikan, Surat dari Majikan atau sebagainya

  • Pemohon juga di kehendaki untuk menulis surat permohonan yang ditujukan kepada Bahagian Taraf Kebangsaan dan mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Jika pemohon menghadapkan permohonan dari luar negeri hendaklah melalui pihak Kedutaan / Suruhanjaya Tinggi/Konsulat Agung. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.

  • Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.

  • Pihak Jabatan akan menghubungi pemohon jika permohonan siap diproses.

​​

  • Jika ada sebarang pertanyaan atau perubahan maklumat, pemohon bolehlah menghubungi talian telefon Bahagian Warganegara semasa waktu bertugas sepertimana berikut:-

  1. 2383106 sambungan 130/133 (Ibu Pejabat) 

  2. 4221476 (Cawangan Tutong),

  3. 3331339 (Cawangan Kuala Belait)

  4. 8234148 (Hotline Cawangan Temburong)

 

ATAU melalui e-mel  Bahagian Taraf Kebangsan iaitu citizenship.sectionhq@immigration.gov.bn

Hubungi Kami:

Bahagian Taraf Kerakyatan (Warganegara)

Tingkat 4,

Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan, BB3910

Negara Brunei Darussalam.

Bahagian Taraf Kerakyatan (Warganegara)

Cawangan Pendaftaran Kebangsaan, Kuala Belait

Bangunan Pejabat Daerah Belait KA1131

Negara Brunei Darussalam

Bahagian Taraf Kerakyatan (Warganegara)

Cawangan Pendaftaran Kebangsaan Daerah Tutong

Jabatan imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

Negara Brunei Darussalam

Bahagian Taraf Kerakyatan (Warganegara)

Cawangan Pendaftaran Kebangsaan Daerah Temburong

Jabatan imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

Negara Brunei Darussalam

Telefon: +673 2383106 samb 130/133 (Ibu Pejabat)

             +6734221476 (Cawangan Tutong)

             +6733331339 (Cawangan Kuala Belait

             +6738234148 (Hotline Cawangan Temburong)

© 2021 Bahagian Taraf Kerakyatan, JIPK.

bottom of page