top of page

Permohonan Kerakyatan Brunei Secara Persendirian iaitu melalui ujian Tulis atau Ujian Lisan Bahasa Melayu di bawah Bab 5(1) Bagi Pemohon Yang Lahir DALAM Negeri

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UTAMA:-

1.     Lahir dalam negeri (Negari Brunei Darussalam).

2.  Memegang Residence Permit / Entry Permit tidak kurang 12 tahun dari tarikh RP / EP dikeluarkan (Berkediaman dalam Negara Brunei Brunei Darussalam tidak kurang 12 tahun dari tempoh 15 tahun sebelum tarikh menghadapkan permohonan).

3.    Berumur 18 tahun dan ke atas bagi menduduki Ujian Tulis Bahasa Melayu.

4.    Berkelakuan baik.

5.    Tinggal berterusan di Negara ini selama 2 tahun sebelum menghadapkan permohonan.

6.  Bagi menduduki Ujian Lisan, pemohon HENDAKLAH dilahirkan sebelum tahun 1955 sementara bagi pemohon yang lahir selepas tahun 1955 hendaklah membuktikan bahawa mereka tidak pernah bersekolah.

7.    Pemohon-pemohon yang bukan berbangsa Melayu dan bukan berugama Islam hendaklah memahami pantang larang orang Melayu / Islam di Negara Brunei Darussalam supaya keharmonian bermasyarakat terjamin.

PERHATIAN:

  • Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Maklumat Awal dan Borang  BI (Peraturan 5(1)) hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang(duplex printing).

 

  • Pemohon juga di kehendaki untuk menulis surat permohonan yang ditujukan kepada Bahagian Taraf Kebangsaan dan mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.

  • Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.

  • Jika ada sebarang pertanyaan atau perubahan maklumat, pemohon bolehlah menghubungi talian telefon Bahagian Warganegara semasa waktu bertugas sepertimana berikut:-

  1. 2383106 sambungan 130/133 (Ibu Pejabat) 

  2. 4221476 (Cawangan Tutong),

  3. 3331339 (Cawangan Kuala Belait)

  4. 8234148 (Hotline Cawangan Temburong)

 

ATAU melalui e-mel  Bahagian Taraf Kebangsan iaitu citizenship.sectionhq@immigration.gov.bn

 

bottom of page