top of page

Permohonan Kerakyatan Brunei MENGIKUT AYAH WARGANEGARA
di bawah Bab 6(1) 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UTAMA:-

1.    Ayah kandong Warganegara Brunei Darussalam.

2.    Semasa dipohonkan, ayah kandong masih hidup.

3.    Anak kandong berumur 18 tahun ke bawah.

4.    Anak kandong belum berkahwin .

5.    Jika anak kandong berwarganegara asing hendaklah mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mempunyai jaminan Pas Imigresen yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.

6.    Berkelakuan baik.

PERHATIAN:

  • Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Maklumat Awal dan Borang D Peraturan 7(1). Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).

  • Pemohon juga di kehendaki untuk menulis surat permohonan yang ditujukan kepada Bahagian Taraf Kebangsaan dan mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.

  • Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.

  • Jika ada sebarang pertanyaan atau perubahan maklumat, pemohon bolehlah menghubungi talian telefon Bahagian Warganegara semasa waktu bertugas sepertimana berikut:-

  1. 2383106 sambungan 130/133 (Ibu Pejabat) 

  2. 4221476 (Cawangan Tutong),

  3. 3331339 (Cawangan Kuala Belait)

  4. 8234148 (Hotline Cawangan Temburong)

 

ATAU melalui e-mel  Bahagian Taraf Kebangsan iaitu citizenship.sectionhq@immigration.gov.bn

bottom of page