top of page

Permohonan Kerakyatan Brunei MENGIKUT IBU WARGANEGARA
di bawah Bab 6(1) 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UTAMA:-

  1. Ibu kandong Warganegara Brunei Darussalam.

  2. Ibu kandong yang mendapat Taraf Kerakyatan Brunei sebelum dan pada 22 Oktober 2002, BOLEH memohonkan anak kandong yang berumur 18 tahun ke bawah dan ke atas.

  3. Ibu kandong yang mendapat Taraf Kerakyatan Brunei selepas 22 Oktober 2002, HANYA BOLEH memohonkan anak kandong yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja.

  4. Semasa dipohonkan, ibu kandong masih hidup

  5. Anak kandong lahir pada atau selepas 16 Ogos 1975.

  6. Anak kandong belum berkahwin .

  7. Anak Kandong yang dipohonkan hendaklah dilahirkan di dalam negeri, tetapi jika  dilahirkan di luar negeri, hendaklah  secara terus-menerus tinggal di Negara Brunei  Darussalam bersama Ibu kandong sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh permohonan

  8. Jika anak kandong berwarganegara asing hendaklah mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mempunyai jaminan Pas Imigresen yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.

  9. Anak tak sah taraf (anak luar pernikahan) kepada Ibu Kandong Warganegara Brunei yang di lahirkan di Brunei boleh juga dipertimbangkan untuk dipohonkan Taraf Kerakyatan oleh ibu kandong. Walaubagaimanapun bagi anak lahir tak sah taraf (anak luar pernikahan) yang kedua hanya akan diproses sekurang-kurangnya 1 tahun 6 bulan dari tempoh tarikh anak luar nikah yang pertama diperkenankan untuk mendapatkan taraf kerakyatan. Dan bagi anak lahir tak sah taraf (anak luar pernikahan) yang ketiga dan seterusnya hanya akan diproses permohonan tersebut sekurang-kurangnya 3 tahun dari tempoh tarikh anak luar nikah yang kedua diperkenankan untuk mendapatkan kerakyatan.

  10. Berkelakuan Baik.

PERHATIAN:

  • Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Maklumat Awal dan Borang D Peraturan 7(1). Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).

  • Bagi permohonan Kerakyatan Brunei untuk anak tak sah taraf (anak luar pernikahan), Ibu Kandong hendaklah dimestikan menyertakan Surat Pengakuan Mahkamah dari Mahkamah Civil Negara Brunei Darussalam. Untuk penjelasan lanjut mengenai isi kandungan Surat Pengakuan Mahkamah, pemohon bolehlah menghubungi Bahagian Taraf Kebangsaan ( Warganegara) ditalian 2383106 samb. 130/133 pada waktu bekerja atau melalui e-mel citizenship.sectionhq@immigration.gov.bn.

  • Pemohon juga di kehendaki untuk menulis surat permohonan yang ditujukan kepada Bahagian Taraf Kebangsaan dan mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.

  • Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.

  • Jika ada sebarang pertanyaan atau perubahan maklumat, pemohon bolehlah menghubungi talian telefon Bahagian Warganegara semasa waktu bertugas sepertimana berikut:-

  1. 2383106 sambungan 130/133 (Ibu Pejabat) 

  2. 4221476 (Cawangan Tutong),

  3. 3331339 (Cawangan Kuala Belait)

  4. 8234148 (Hotline Cawangan Temburong)

 

ATAU melalui e-mel  Bahagian Taraf Kebangsan iaitu citizenship.sectionhq@immigration.gov.bn

bottom of page