top of page

PERMOHONAN CABUTAN SIJIL KERAKYATAN YANG TELAH ROSAK ATAU HILANG

 

SILA AMBIL PERHATIAN:

  • Pemohon adalah dikehendaki untuk memuat turun Borang Permohonan Cabutan Sijil Kerakyatan. Borang hendaklah diisi dan dicetak atas kertas A4 putih depan dan belakang (duplex printing).

  • Pemohon juga di kehendaki untuk mengisi dengan lengkap Borang yang disediakan serta melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadapkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Borang yang tidak lengkap tidak akan di LAYAN.

  • Borang permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Taraf Kebangsaan (Warganegara) di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas ATAU melalui Cawangan-Cawangan Pejabat Pendaftaran Kebangsaan Daerah Kuala Belait, Tutong dan Temburong iaitu mengikut alamat yang tercatat di dalam Kad Pengenalan pemohon.

  • Borang permohonan akan dinilai sama ada di benarkan atau sebaliknya.

  • Pembayaran wang tunai sebanyak B$5.00 untuk satu (1) keping bolehlah dibuat ketika pengambilan cabutan sijil kerakyatan yang sudah siap nanti.

  • Pihak Jabatan akan menghubungi pemohon jika permohonan siap diproses.

  • Jika ada sebarang pertanyaan atau perubahan maklumat, pemohon bolehlah menghubungi talian telefon Bahagian Warganegara semasa waktu bertugas sepertimana berikut:-

  1. 2383106 sambungan 130/133 (Ibu Pejabat) 

  2. 4221476 (Cawangan Tutong),

  3. 3331339 (Cawangan Kuala Belait)

  4. 8234148 (Hotline Cawangan Temburong)

 

ATAU melalui e-mel  Bahagian Taraf Kebangsan iaitu citizenship.sectionhq@immigration.gov.bn

 

bottom of page