top of page

PERKEMBANGAN Pendaftaran Taraf Kebangsaan (Warganegara)

SEJARAH PENDAFTARAN TARAF KEBANGSAAN

 

Pada 1 Januari 1961 Undang-Undang Pendaftaran Taraf Kebangsaan 1961 telah dikuatkuasakan. Dengan berkuatkuasa undang-undang Pendaftaran Kebangsaan ini terbentuklah satu Jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Pada 6 September 1962 Mr. Tom Mackie selaku Pendaftar Taraf Kebangsaan telah dilantik sebagai Pendaftar Perkahwinan mengikut Bab 8 dari Undang-Undang Pendaftaran Perkahwinan disamping menjalankan Jawatan-jawatan yang ada.

​

Pada 11 Ogos 1963 Pengawal Imigresen dan Pendaftaran Taraf Kebangsaan yang pertama ini telah menamatkan kontrak perkhidmatannya. Awang Mohd Jaafar bin Haji Mohd Daud telah dilantik sebagai Pendaftar Taraf Kebangsaan mulai pada 12 Ogos 1963. Pada 11 februari 1965 Mr. Thomas Patrick Forde telah dilantik sebagai Pengawal Imigresen dan juga sebagai Pendaftar Taraf Kebangsaan yang baru.

​

Bahagian Pendaftaran Taraf Kebangsaan ini adalah bertanggungjawab menerima dan memproses permohonan-permohonan berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan dari Akta taraf Kebangsaan Brunei Penggal 15. Rakyat Negara Brunei Darussalam terbahagi kepada 3 Kategori iaitu:

​

  1. Mutlak Undang-undang di bawah Bab 4(1) termasuk tujuh (7) Puak Jati Brunei

  2. Secara Pendaftaran di bawah bab 5(1), 5(6) dan 6(1)

  3. Secara Penuangan di bawah Bab 8(1)

​​

Buku Kurikulum Ujian Bertulis Bahasa Melayu juga telah secara resminya di lancarkan pada 01 April 2004 oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Bakti Diraja Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Isa bin Ibrahim, mantan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri merangkap Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Tujuan utama buku kurikulum tersebut diterbitkan adalah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan Bahagian Pendaftaran Kebangsaan kepada orang ramai yang membuat permohonan terutama sekali bagi mereka yang hendak memohon Ujian Bertulis Bahasa Melayu. (Sumber: Buku Ristaan, Sempena Jubli Emas Penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan 1958-2008 (muka surat 99-100)

​

WAKTU BEROPERASI​

​

Kaunter Penerimaan Bahagian ini dibuka 5 hari seminggu iaitu Hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 8 pagi hingga 11.45 pagi dan 1.30 petang hingga 3.45 petang. Segala permohonan dan pertanyaan status permohonan boleh dihadapkan terus di kaunter di Bahagian ini.

​

OBJEKTIF 

​

  1. Memberikan perkhidmatan yang stabil dan berkualiti.

  2. Memproses segala permohonan mengikut prosidur yang telah di tetapkan.

  3. Berusaha meningkatkan mutu pekerjaan.

  4. Meningkatkan kesefahaman antara kakitangan di Bahagian ini dengan orang ramai.

  5. Mencapai kecemerlangan ke arah memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

​

​

bottom of page